Pengenalan

Salam Sejahtera,

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan pembangunan yang berkualiti dan menyantuni rakyat melalui kerjasama dengan NCIA dalam meningkatkan tahap sosioekonomi rakyat Perlis dan seterusnya mengecapi kesejahteraan bersama.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala merahmati dan memberkati segala usaha kita serta melindungi kita semua dari penularan pandemik COVID-19.

Salam Hormat

DATO’ SERI AZLAN MAN
Menteri Besar Perlis

Kasih Ibu Perlis

Objektif program Kasih Ibu Perlis (KIP) adalah untuk meringankan beban kos sara hidup melalui bantuan
pembelian barangan keperluan asas bulanan di kedai-kedai panel dan rawatan kesihatan di klinik-klinik swasta yang berdaftar di bawah KIP dengan menggunakan kaedah kad tanpa tunai.

Berikut adalah maklumat terkini program ini.

Ciri-ciri Unik Program Kasih Ibu Perlis

Program Kasih Ibu Perlis diintegrasikan dengan Program Modal Insan NCER bagi meningkatkan status sosio ekonomi bagi golongan belia dan pelajar

Belia

Program latihan peningkatan yang merangkumi latihan kemahiran untuk memperkasakan komuniti setempat dengan meningkatkan pendapatan isi rumah, menggalakkan pendaftaran SSM dan penggunaan digital dan e-dagang

Program Modal Insan inklusif yang menyediakan latihan asas keusahawanan untuk dipersiapkan sebagai pengusaha dengan kemampuan e-dagang, atau diberi penempatan pekerjaan di dalam Industri Kecil dan Sederhana atau Perusahaan Mikro

Pelajar

Pelajar-pelajar yang lemah prestasi akademik akan dipilih untuk menyertai program ini dengan memberi Kelas Bimbingan dan Program Pengayaan dan Pembangunan Diri untuk murid Aliran Perdana dan Program 3M Orang Asli
Program kerjasama agensi swasta-awam antara Yayasan MyKasih dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) yang menyediakan Kad Tanpa Tunai (Cashless Card), Bilik Darjah Abad Ke-21, dan Pembelajaran STEM Robotik

Sila Hubungi Kami Untuk Sebarang Pertanyaan

Hubungilah kami untuk sebarang pertanyaan tentang program Kasih Ibu Perlis.

Sila Hubungi Kami Untuk Sebarang Pertanyaan

Hubungilah kami untuk sebarang pertanyaan tentang program Kasih Ibu Perlis.