Siapakah penerima kad KIP?

Kad KIP akan diberikan kepada penerima wanita setiap keluarga yang layak daripada Kad KIP akan diberikan kepada penerima wanita setiap keluarga yang layak daripada senarai e-Kasih. e-Kasih.

Apa itu kad KIP?

Kad KIP adalah kad prabayar auto tambah nilai pada setiap bulan yang boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai-kedai & pasaraya terpilih dan rawatan kesihatan di klinik-klinik panel yang berdaftar di bawah KIP.

Barangan Keperluan Asas

RM250 Had Pembelian Bulanan
Baki bulanan kad tidak akan dibawa ke bulan seterusnya. Rancang perbelanjaan mengikut had bulanan (RM250)
Pembelian barangan asas hanya di kedai atau pasaraya terpilih yang berdaftar
Tambah nilai bulanan kad KIP sebanyak RM 250 adalah secara automatik

Senarai barangan keperluan asas

Beras
Mi & bihun
Roti
Biskut
Telur
Gula & garam
Minyak masak
Sayur-sayuran & Buah-buahan
Daging, ayam, lembu, kambing & ikan
Sabun, kelengkapan mandian & bahan pencuci
Rempah ratus, sos, kicap & sebagainya
Tepung

Produk tenusu

susu segar, susu tepung, susu sejat, susu pekat manis dan santan

Lampin pakai buang

bayi / dewasa / tuala wanita

Barangan persekolahan

kasut, beg, buku, alat tulis & pakaian seragam

Gas memasak
Tepung
Nota: Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian. Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih.

Rawatan Kesihatan

Peruntukan RM500 setahun

(RM250 untuk tempoh Ogos -Disember 2021) 

RM70 Had penggunaan setiap rawatan
Untuk rawatan kesihatan bagi penerima serta tanggungan yang berdaftar dalam senarai eKasih

Mengenai Kad KIP

Penukaran PIN
WBC<jarak>LPIN<jarak>NO.MYKAD (6 DIGIT TERAKHIR)<jarak>PIN-LAMA<jarak>PIN-BARU Hantar ke 63839
(WBC LPIN 105100 111111 222222 Hantar ke 63839)
Reset PIN
WBC<jarak>LRPIN<jarak>NO.CVV <jarak>NO.MYKAD (6 DIGIT TERAKHIR)<jarak>PIN-BARU Hantar ke 63839
(WBC LRPIN 666666 999 222222 Hantar ke 63839)
Semakan Baki
WBC<jarak>LBAL<jarak>NO.MYKAD (6 DIGIT TERAKHIR)<jarak>PIN Hantar ke 63839
(WBC LBAL 105100 222222 Hantar ke 63839)
Aktifkan Kad anda sekarang
Untuk menggunakan kad ini, sila aktifkan melalui atas-talian (online), SMS atau pusat panggilan.
Pengaktifan Menerusi SMS
WBC<jarak>LACT<jarak>NO.KAD (6 DIGIT TERAKHIR)<jarak>NO.MYKAD (6 DIGIT TERAKHIR) Hantar ke 63839
(WBC LACT 123456 105100 Hantar ke 63839)
Pengaktifan Menerusi Pusat Panggilan (Call Centre)
Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KIP Perlis di talian 03-9779 5553 atau emel ke kiperlis@kiplepay.com
Pengaktifan Menerusi Atas-talian (Online)
Sila layari www.kiperlis dan klik

Pengaktifan Kad

  • Proses pendaftaran online adalah mudah dan cepat
  • Daftar online sekarang untuk menerima faedah

Cara Penggunaan Kad

Langkah 1
Pergi ke kedai yang berdaftar
Langkah 2
Beli barangan asas sepertimana yang disenaraikan di atas.
Langkah 3
Buat bayaran mengunakan kad KIP
Langkah 4
Masukkan nombor PIN
untuk membuat pembayaran. Sila semak resit!

Langkah 1

Pergi ke klinik yang
berdaftar

Langkah 2

Guna kad KIP untuk
pendaftaran

Langkah 3

Terima rawatan

Langkah 4

Semak resit & baki
kad anda

Sila Hubungi Kami Untuk Sebarang Pertanyaan

Hubungilah kami untuk sebarang pertanyaan tentang program Kasih Ibu Perlis.

Sila Hubungi Kami Untuk Sebarang Pertanyaan

Hubungilah kami untuk sebarang pertanyaan tentang program Kasih Ibu Perlis.